Pada peringkat awal perniagaan, Sham Heinz hanya tidur tiga atau empat jam sahaja setiap hari.
Demi kehidupan, dia berusaha tanpa kenal penat lelah.
Sham Heinz tidak bersendirian kerana ibunya juga mempunyai impian yang sama mengenai masakan vegetarian.
Mereka mengharungi perjalanan penuh dengan titik peluh, air mata, keharuan, dan kepuasan.
Mereka mengorak langkah menuju ke matlamat dengan semangat yang tinggi.